Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia.Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing.Angka tersebut melebihi 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia.Malaysia juga merupakan Negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur selepas China dan Hong Kong.
~PULAU PINANG~
Blog tempat menarik yang ingin diketengahkan kali ini adalah di Pulau Pinang. Keindahan pantai pulau ini serta tarikan warisan lamanya menjadikan Pulau pinang destinasi pelancongan yang amat popular. Ada yang sering menyatakan Pulau Pinang merupakan pusat makanan terlazat di Malaysia.
Bagi menikmati udara gunung yang nyaman dan pemandangan panoramik yang menarik anda boleh berkunjung ke Batu Feringhi yang terletak di pinggir laut utara. Ia merupakan tempat kegemaran pelawat yang datang dari jauh dan dekat.

Inilah pengangkutan laut yang masih lagi disediakan sebagai perhubungan dari seberang ke pulau iaitu feri.
Jambatan pulau pinang merupakan satu jalan perhubungan bagi penduduk-penduduk di sini. Di samping itu, jambatan ini juga merupakan satu mercu tanda bagi Pulau Pinang.
KOMTA merupakan tempat untuk membeli belah seperti baju, kasut, permainan dan lain-lain lagi. Komta mempunyai 65 tingkat di mana menempatkan pejabat-pejabat exco kerajaan negeri.
kawasan ini dikenali sebagai Batu Feringghi.. Biasanya, pelancong asing yang gemar datang melancong dan bermalam di sini. Terdapat banyak hotel yang bertaraf bintang lima di sini. Pada hujung minggu, orang ramai akan berkunjung ke sini untuk berkelah di tepi pantai bersama keluarga atau rakan-rakan
Ini adalah kawasan kampung nelayan yang terletak di Teluk Bahang iaitu sebelah Batu Feringghi.

~TERENGGANU~
Blog kali ini kami akan membongkar lagi destinasi tempat menarik yang boleh anda kunjungi apabila menjejakkan kaki di negeri Terengganu. Lokasi tempat menarik di Terengganu ini telah kami perolehi dari sumber risalah dari Kementerian Pelancongan Malaysia. Antara tempat perlancongan atau percutian yang menarik yang boleh anda lawati banyak terdapat di Pulau-pulau di luar pantai Terengganu yang dikelilingi air jernih dan hidupan laut . Lautan yang terbentang luas, hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan panorama matahari terbenam yang indah pasti menjadikan percutian anda sesuatu yang bermakna.
Pulau Redang menyediakan paling banyak kemudahan percutian dan penginapan, termasuk dua pusat peranginan besar dan beberapa chalet lebih kecil yang terletak di tepi pantai. Pulau Redang terkenal kerana keindahan pantainya dan tempat-tempat menyelam yang menarik. Pelawat boleh menerokai 31 tapak menyelam, menyertai sukan pantai, berpesta dan menari sepanjang malam di Pasir Panjang, mendapatkan rawatan spa dan menikmati barbeku makanan laut yang segar. Anda boleh menaiki bot atau pesawat untuk ke pulau ini.
Pulau Perhentian Besar dan Kecil juga menawarkan tempat-tempat menyelam yang menakjubkan di celah-celah batu besar yang memagari teluknya. Air laut yang jernih, dengan daya penglihatan yang jelas dan terumbu karang yang indah, menjadikan Pulau Perhentian pilihan ramai penyelam veteran. Pengalaman menyelam sambil berenang bersama pari, yu karang dan barakuda pasti menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan. Berhampiran pantai. anda boleh memerhati penyu bertelur di teluk, memberi makan ikan atau duduk bersantai di bawah matahari sambil menghirup udara laut yang segar.
Jika anda mencari destinasi percutian yang lebih terpencil, Pulau Lang Tengah mungkin menepati kehendak anda. Airnya yang hijau muda sangat jernih dan ikan-ikan berenang hingga hampir ke pantai, tanpa menghiraukan kehadiran manusia.
Pulau Bidong terletak dalam perairan yang tenang, dengan beberapa tempat terpencil untuk berenang, bersiar-siar dengan bot dan menyelam snorkel. Sebuah tugu dibina di sini untuk memperingati pelarian Vietnam yang mendapatkan perlindungan sementara di pulau ini.
Di sebelah Pulau Kapas, terletak Pulau Gemia atau Gem yang menawarkan sebuah lagi tempat percutian pantai yang indah dengan kawasan pedalaman yang berbukit-bukau yang tidak disentuh dan dibiarkan berhutan untuk memelihara hidupan liar.
Pantai Batu Buruk di bandar Kuala Terengganu pula dilengkapi taman permainan, bangku dan gazebo, menjadikannya sebagai tempat pertemuan dan menjamu selera yang terkenal di kalangan penduduk tempatan. Terdapat banyak gerai yang menjual makanan dan minuman yang pelbagai rasa.
Banyak lagi sebenarnya tempat menarik yang terdapat di Terengganu ini. Belum lagi tempat makan yang menarik. Nak diceritakan ke semuannya di sini memang tak habis. Blog akan datang kami akan berkongsi lagi tempat menarik yang lain pula
~MELAKA~
Blog kali ini kami ambil dari sebuah buku kecil bertajuk Panduan Pelancongan Malaysia
Masuk saja mana-mana lorong di tengah-tengah bandar bersejarah ini, anda pasti menemui sesuatu yang mampu membuat anda terpegun. Bangunan lama di samping perdagangan dan pertukangan tradisional menobatkan lokasi ini sebagai antara destinasi yang paling banyak dikunjungi yang dikeluarkan oleh Kementerian Perlancongan. Melaka salah satu tempat bersejarah yang terdapat di Malaysia. pelancong di Malaysia. Bangunan di sini mencerminkan pengaruh Portugis, Belanda dan British manakala pusat bandar rayanya pula amat sesuai untuk bersiar-siar dengan berjalan kaki.

Tempat bersejarahnya termasuk bangunan Stadthuys, Christ Church, Gereja St. Paul dan kota A’Famosa dibina oleh Portugis pada tahun 1511. Jalan Hang Jebat (Jonker’s Street) pula merupakan lubuk kedai barangan antik, galeri dan kedai cenderamata. Anda boleh mengelilingi Melaka dengan menaiki beca yang berwarna-warni untuk pengalaman yang berbeza. Ayer Kerch, 15km dari bandar raya Melaka, menawarkan tempat menarik seperti hutan rekreasi, zoo, taman buaya dan ‘Mini Malaysia.
Ujong Pasir ialah penempatan Portugis ke arah selatan Melaka di mana para pengunjung boleh menikmati datarannya yang menzahirkan kehidupan penuh semangat dan nikmati juadah makanan laut yang diberi sentuhan Portugis. Lawati tempat ini semasa musim perayaan seperti San Juan dan San Pedro yang disambut pada setiap bulan Jun.

Satu lagi tempat yang amat menarik ialah Perigi Hang Li Poh, yang mengambil nama sempena nama puteri Maharaja Ming yang dihantar untuk dijodohkan dengan Sultan Mansor Shah demi mengeratkan lagi hubungan yang terjalin antara kedua-dua negara. Hadiah daripada Sultan kepada pengantin perempuan baginda, iaitu Bukit Cina, dijadikan kediaman rasmi mereka. Perigi yang dibina oleh pengikut puteri Cina ini untuk kegunaan peribadinya, juga menjadi sumber air bagi pekan ini. Bukit Cina merangkumi dua bukit yang berganding. la dijadikan jirat yang menempatkan lebih 12,000 kubur, ada antaranya yang wujud sejak zaman dinasti Ming lagi.
Melaka termasyur sebagai bandar muzium, Muzium Memorial Kemerdekaan
menempatkan dokumen berkaitan dengan peralihan pemerintahan negara ini dari zaman penjajahan Malaya ke zaman Malaysia.
Banyak lagi sebenarnya tempat menarik yang terdapat di Melaka. Akan datang kami akan membawa anda ke tempat-tempat lain yang menarik pula. Jika anda mempunyai tempat menarik untuk dikongsikan di negeri Melaka, diharap dapatlah coretkan di ruangan komen…
~SELANGOR~
Batu Caves yang terletak di dalam sebuah bukit batu kapur 15 km di utara Kuala Lumpur adalah sebuah tarikan pelancongan yang terkenal di Selangor.
Destinasi terkenal ini dikunjungi pelawat dari serata dunia sewaktu sambutan perayaan tahunan penganut Hindu - Thaipusam.
Batu Caves terdiri dari tiga buah gua yang besar termasuk gua utama yang mengandungi kuil Hindu yang dihiasi dengan ukiran halus.
Salah satu pengalaman lawatan yang menarik di Batu Caves ialah pendakian 272 anak tangga menuju ke ruang gua utama.
Berhampiran dengan gua utama ialah Gua Ramayana di mana dinding di dalamnya terlukis gambaran-gambaran kisah mitos epik India. Bukit batu kapur ini juga merupakan tempat popular untuk aktiviti memanjat batu

Pulau Carey
Pulau Carey terkenal dengan dua perkara - makanan laut yang lazat dan penduduk orang asli Mah Meri (disebut Mak Miri) yang terkenal dengan hasil ukiran dan topeng kayu yang mempesona.
Penduduk Mah Meri yang tinggal di Pulau Carey tidak jauh dari tanah besar.
Mereka telah menerima cara hidup moden dan bekerja di estet dan ladang yang berdekatan, tetapi mereka masih mengekalkan budaya dan cara hidup mereka yang unik.
Selain dari persembahan tarian dan muzik tradisional mereka, penduduk Mah Meri juga terkenal dengan hasil seni ukiran tradisional.
Salah satu ukiran terkenal ialah daripada kayu paya keras yang dinamakan "Nyireh Batu".

~SABAH~
Taman Negara Kinabalu ialah Tapak Warisan Dunia pertama di Malaysia dan Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4,095m menjadi daya tarikannya. Yang menggemari cabaran boleh mencuba laluan dua-hari untuk tiba ke puncak, bagi yang tidak mampu mendaki, bolehlah bersiar-siar di sekitar ibu pejabat taman tersebut.
Orang Utan menjadi lambang negeri ini. Tempat Perlindungan Orang Utan Sepilok di Sandakan ialah tempat terbaik untuk menyaksikan mereka. Jauh ke pendalaman, Hilir Sungai Kinabatangan, Gua Gomantong dan Lembah Danum juga boleh diterokai untuk melihat flora dan fauna yang eksotik. Tapak menyelam seperti Mabul, Lankayan, Layang Layang dan Mantanani menawarkan pemandangan kehidupan laut yang mengagumkan dan penginapan yang selesa. Hanya lawatan pada siang hari dibenarkan di Sipadan, salah satu tempat menyelam yang terhebat di dunia.
Kereta api antik Borneo beroperasi pergi balik dari Kota Kinabalu ke Tenom sementara kereta api stim pelancong beroperasi ke Papar, memaparkan pemandangan desa dan gaya hidup yang sungguh indah.
Perkhidmatan penerbangan domestik dan antarabangsa disediakan di Kota Kinabalu dan dari sini terdapat penerbangan ke destinasi lain di Sabah. Menaiki pesawat adalah cara ekonomi untuk menerokai negeri Sabah namun terdapat juga sistem perkhidmatan bas yang baik. Feri-feri berulang-alik ke Pulau Labuan yang merupakan pulau bebas cukai.

~PERAK~
Menara Condong ini terletak di suatu sudut Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar di pusat bandar Teluk Intan. Menara setinggi 85 kaki (25.5 meter) dari paras bumi jika diimbas pandang luaran menara ini kelihatan memiliki lapan tingkat berpandukan atap berbentuk payung yang dibina melingkari puncak menara. Tetapi hakikatnya ia hanya mempunyai tiga tingkat sahaja. Manakala sebanyak 110 anak tangga diatur melengkung bagi menghubungkan tingkat demi tingkat.
Jika anda ke Teluk Intan jangan lupa melawat menara condong ini, dan yang paling penting jangan lupa rakamkan gambar anda sekali. Tempat ini dibuka untuk lawatan setiap Isnin-Jumaat pada jam 8pagi – 5 petang. Pada hari Sabtu dan Ahad ia dibuka dari jam 9.00 pagi- 6.00 petang.

~KEDAH~
Kedah mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik lagi bersejarah. Ibu kota Kedah, Alor Star misalnya; telah melahirkan ramai pemimpin negara seperti Perdana Menteri Malaysia pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad. Antara tempat menarik yang lain ialah seperti;
Balai Besar yang dibina pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah. Dinding, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu. Balai Nobat pula dibina setinggi lapan meter dan lima meter lebar. Tempat ini menyimpan pelbagai khazanah peralatan muzik diraja, antaranya serunai, nafiri, gendang dan gong. Galeri Seni Lukis pula menghimpunkan pelbagai hasil seni termasuk seni lukis, fotografi, pertukangan tangan dan peralatan muzik.
Muzium Diraja Kedah pula merupakan Bangunan yang diperbuat daripada kayu dan dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah pada 1735. Tunku Abdul Rahman dilahirkan dan dibesarkan di bangunan bekas istana ini.
Bagi yang beragama Islam, anda boleh melawati dan bersolat di Masjid Zahir yang dibina pada tahun 1912 sebagai penghargaan kepada Tunku Mahmud Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Menara Alor Star salah satu tempat yang juga menjadi tarikan pelancong. Tempat ini terletak di tengah bandaraya Alor Star dengan ketinggian 165.5 meter dan melambangkan kemodenan dan kepesatan pembangunan di Kedah. Ia berfungsi sebagai menara telekomunikasi.
Pekan Rabu adalah tempat untuk menjamu selera dan membeli pelbagai cenderahati. Contoh cenderahati ialah barangan termasuk pakaian, kraftangan dan makanan tradisional. Pekan Rabu terletak berdekatan bangunan jabatan kerajaan. Walaupun namanya Pekan Rabu, perniagaannya dibuka setiap hari berikutan sambutan orang ramai.

~JOHOR~
GUNUNG PULAI
Satu-satunya hutan simpan yang terdekat dengan Johor Bahru ialah Hutan Simpan Gunung Pulai. Ia dibuka untuk orang ramai dan amat sesuai untuk aktiviti perkelahan ataupun bersantai bersama keluarga. Pokok-pokok yang tinggi melampai dan irama unggas rimba mengamit kedatangan para pengunjung di sini.. Keindahan air terjun Gunung Pulai merupakan tarikan utama hutan simpan ini. Air Terjun Gunung Pulai mempunyai 3 peringkat; yang terbesar ialah peringkat kedua setinggi 15 meter. Terdapat juga kolam buatan manusia yang sesuai untuk pengunjung bermandi-manda dan berkelah di peringkat pertama dan kedua.
Pengunjung yang cintakan kehijauan alam akan terpesona melihat keindahan alam semulajadi serta hidupan liar di Gunung Pulai. Dibajai oleh sungai dan tanpa ganguan manusia, flora dan fauna mewarnai kehidupan di Gunung Pulai.
Bagi mereka yang gemar berkhemah pula, kawasan perkhemahan juga disediakan. Bermula dari kaki gunung melalui peringkat pertama dan kedua air terjun, berjalan dicelah-celah hutan tropika dan berakhir di peringkat ketiga air terjun adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh mereka yang gemar merentas hutan. Setelah penat seharian meredah hutan, mereka bolehlah beristirehat di kawasan perkhemahan yang disediakan

LUAR NEGARA
London merupakan kota terbesar dan paling padat penduduknya di area metropolitan Inggris. Sebagai pusat Inggeris, London tentunya banyak menyimpan sejarah dan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Jika Anda berkesempatan datang ke London, beberapa tempat dan kegiatan menarik di bawah ini yang dapat anda kunjungi.Biasanya, para pelancong yang mengunjungi tempat ini adalah terdiri daripada orang-orang yang berada.
1.MENARA LONDON
Menara London yang terletak di pusat London merupakan peninggalan sejarah dan telah melayani keluarga kerajaan selama ratusan tahun. Selain itu menara ini juga pernah menjadi penjara,gunung senjata dan bahkan kebun binatang.
Menara ini didirikan 900 tahun yang lalu oleh William The Conqueror. Benteng ini juga sempat diperluas oleh raja-raja abad pertengahan dan merupakan struktur besar yang digunakan oleh kerajaan selama bertahun-tahun sebagai sebuah tempat perlindungan dan powerbase.
Menara ini juga merupakan rumah bagi mahkota kerajaan yang yang bisa para pelancong akan melihatnya. Menara ini buka dari hari Selasa sampai Sabtu mulai pukul 10.00pagi-6.00petang waktu setempat. Dengan bayaran masuk 17 Euro (sekitar Rp230 ribu).Bagi para pelancong harga bayaran ini amat berpatutan dan murah.

2.TOWER BRIDGE DI LONDON
Sebuah struktur dan situs (sosiologi) yang paling mengesankan di ibukota, Tower Bridge di London telah berdiri di Sungai Thames sejak 1894 dan merupakan salah satu landmark yang paling dikenal di dunia. Di tempat ini pelancong juga dapat turun ke dalam ruangan Engine Victoria yang merupakan rumah mesin uap asli.
Di sini pelancong dapat melihat mekanisme dan panel informasi menjelaskan tentang teknologi yang digunakan selama bertahun-tahun untuk menjaga Tower Bridge bergerak.
3.KATEDRAL ST PAUL`S
Pelancong dapat mengalami dan merasakan kejayaan Katedral St Paul's yang telah menjadi ikon dan mendominasi pemandangan langit London. Katedral ini dibangun antara tahun 1675-1710 dan telah menelan biaya sekitar 40 juta Euro untuk perogram pembersihan dan perbaikannya. Hal terpenting di Katedral St Pauls adalah Whispering Gallery yang terletak 30 meter di atas lantai katedral dan terkenal karena akustiknya.
Tempat lain yang teletak 55 meter di atas Whispering Gallery adalah Golden Gallery yang menawarkan pemandangan menakjubkan dari pusat kota London bagi mereka yang mempunyai energi untuk menyusuri 530 tangga. Katedral ini buka dari Hari Senin sampai Sabtu mulai pukul 08.30-17.00 waktu setempat dengan tiket masuk 12.5 Euro (sekitar Rp170 ribu).
4. BENTENG WINDSOR

Benteng Windsor merupakan benteng pendudukan tertua dan terbesar di dunia. Benteng ini dibangun 900 tahun yang lalu dan lantainya meliputi 480.00 meter persegi. Benteng ini dikelilingi beberapa taman yang indah dan pemandangan desa. Gereja St George's yang ada di dalamnya merupakan contoh arsitektur bergaya gothic dan fitur makam Henry VIII.
Benteng ini berada di pinggiran kota London dan anda dapat sampai ke sana sekitar 30 minit dari stesen kereta Paddington. Benteng ini buka setiap hari mulai pukul 09.45pagi-5.15petang waktu setempat dengan tiket masuk 16 euro (sekitar Rp220 ribu).

5.HAMPTON COURT PALACE
Hampton Court palace adalah bekas kediaman Raja Henry VIII yang flamboyan. Dia memperluas dan mengembangkan istana megah ini setelah memperolehnya di tahun 1520-an. Istana kerajaan yang terletak di barat daya London ini banyak memiliki perabotan istana yang menakjubkan, permadani dan lukisan.
Di dalamnya juga ada kebun seluas 60 hektar yang meliputi labirin terkenal dan Great Vine. Istana ini buka setiap hari mulai pukul 10.00pagi-6.00petang waktu setempat. Dengan mengeluarkan wang 14 Euro (sekitar Rp190 ribu), Anda sudah boleh berkeliling di Istana ini.

hehe... nice work!! keep up the good works.. wat bgi menarik lagi.. hehe.. kim salam kat bdk 5k erk.. ^_^
ReplyDeleteok sir..insya-allah..
ReplyDeletenice one , keep it up.
ReplyDeletethanxz tchr..camne tchr tau blog aja??
ReplyDeleteNice...
ReplyDeleteDunia Wisata Tour Organizer
call 0341-456444
web www.duniawisataku.com
Enjoy travelling wit us!!
Nice, bolehlah saya share bagi kawan saya di oversea ;)
ReplyDeleteSekiranya sesiapa memerlukan servis membina laman web, boleh layari http://www.perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my
Thank you
Banyak tempat info menarik...best!
ReplyDeleteThank You